Followers~~

Friday 11 May 2012

muflis diakhirat . . ? ? ?

Siapakah orang yang MUFLIS DI AKHIRAT?

Muflis di hari kiamat adalah individu yang DATANG dengan solat, puasa & zakat TETAPI KERAP mencela, mengutuk orang, makan harta orang lain, menumpahkan darah, memukul lalu DITEBUSNYA melalui amalan kebaikannya hingga habis sebelum mampu menebus seluruhnya, lalu DIBERIKAN DOSA mangsanya dan dilempar kepadanya, dan akhirnya DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA..
(Hadis Sohih Muslim)


********************

Wahai sahabatku yang disayangi, KURANGKAN MENZALIMI orang lain dan tambahkan bekalan amalan diri..BIMBANG bekalan kita tidak cukup untuk MENAMPUNG KEJAHATAN yang kita telah lakukan kepada orang lain..sesiapa yang selalu menjadi MANGSA, bersabar dan 'bergembirah'..sampai waktunya, akan datang kepadamu 'dividen' PAHALA PERCUMA dari mereka yang menzalimimu atau sebahagian dosamu akan diserahkan kepada mereka..teruskan amalan KEBAIKANMU, jangan hiraukan sangat celaan mereka yang MEMBENCIMU kerana amalan baikmu..♥




Thanks For Read !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...